Tuduhan Kepada Guru Tidak Betul

Posted by Unknown on Tuesday, November 12, 2013

Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa mempersoalkan peranan guru. JOMMMM …. layan sembang orang kampong.. baru kita tahu siapa sebenarnya sape CIKGU tu…


A : Ehhhh…. Anak sape yang duk menangis dari td tu..?
B : Anak cikgu Peah… kenapa…?
A : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…?
B : Mak dia pergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la yang tengok2
kan……
A : Biar betull…. Malam-malam macam ni pon pegi skolah jugak…?
B : Yea lah… anak orang lain nak exam dia pulak yang bertungkus lumus…
biasanya buat kelas tambahan la tuuuu…. Pastu sembahyang hajat pulak
untuk anak-anak muridnya.
A : Tapi cikgu balik awal kan….?
B : Balik awal? Isshh….. kalau cikgu balik awal, kenapa anak aku petang baru
balik…? Tak kan lah anak aku belajar dengan tukang kebun sekolah kot…?
A : Maksudnya cikgu pun balik lewat petang jugak la ehhhh…?
B : A’ahh… Si Joyah jiran aku yang mengasuh anak cikgu peah tu cakap,
Cikgu Peah awal pagi dah pegi sekolah pastu lewat petang baru balik.
Ada aktiviti pulak kat sekolah pada belah petang. Masa datang ambik
anaknya tu, Si Joyah cakap muka Cikgu Peah dah tak bermaya… Kesian
tauu…. Balik rumah tanda buku budak-budak plak, time exam lagi teruk
sbb kena tanda kertas exam budak.
A : Nasib baik aku bukan cikgu… kalau tak, ngamuk laki aku tu….
B : Alaaa…. Hari minggu pun bukan lekat kt rumah, aku tengok dia kat skolah
jugak… ada je program kat skolah tu… heerrrmm.. kadang2 anak aku tu
pon tak ikut program tu… tak larat katanya nak ikut program kat skolah
tu… penat….
A : Tapi…. Cikgu kan banyak cuti….. budak cuti sekolah.. cikgu pon cuti kan...
B : Si Joyah citer kat aku… time cuti sekolah pon dia kena jaga anak cikgu
peah. Si Joyah cakap cikgu-cikgu kena datang jugak buat kelas tambahan
untuk murid yang nak exam. Tak pon kena hadir pelbagai kursus…
A : Habis tuu… bila masa cikgu peah dapat lepak macam kita ni…?
B : Alaaa…. Dia lepak ngan budak-budak kelas dia je la kot….. budak-budak
tu dah macam anak dia dah… kat dia lah budak2 tu mengadu kalau ada
masalah…
A : Kenapa ada orang cakap jadi Cikgu rileks jer…?
B : Alahai…. Kalau Cikgu tu rileks, kenapa ramai budak yang dapat Cemerlang
dalam exam.. Haaa… anak engkau si Fatihah yang masuk Universiti tu….
Engkau ke yang ajar dan tanda buku dia kat umah…..?
A : Hehehehe…. Mana sempat aku nak ngajar anak aku kat umah… Lagipun….
Anak aku kan ramai, 4 orang… Pening nak melayan karenah diorang tu….
B : hahahhahaha……
A : Kenapa kau gelak kat aku….?
B : Engkau tu baru 4 orang anak dah x larat nk layan… Cikgu Peah tu
berpuluh-puluh anak dalam kelas dia, bukan takat pening, aku rasa dah
hancur kepala dia kot…. Hehehehe…. Tapi… seramai mana pun dia masih
lagi dapat layan budak-budak tu dengan baik ….
A : Ehhhh… engkau cakap cikgu layan budak-budak dengan baik, habis tu…
yang Si Dollah pergi mengamuk kat sekolah hari tu apa kes…?
B : Alaahhh…. Laki aku cakap, Si Dollah tu memang begitu. cepat sangat naik
angin. Dengar sangat cakap anak dia tu… manjakan anak tidak bertempat
A : Maksud engkau….
B : Pasal hari tu la… dia pergi marah2 kat cikgu cakap cikgu cubit anak dia.
Anak aku cakap kalau cikgu rotan pon memang patut… anak dia nakal.
Selalu ganggu kawan-kawan kat sekolah… pastu kurang ajar plak tu kat
cikgu. nak jadi gangster agaknya anaknya tu… Macam mana nak suruh
anak jadi baik, baru cubit mak ayah dah bising… ntah-ntah ayah ngan anak
pon sama je…..
A : Susah jugak ehh jadi cikgu ni. Tengok aku ni.. balik kerja duk kat rumah
dah boleh rileks.. kat tempat kerja pon tak de tekanan… Fuhhh…. Untung
aku dapat kerja bagus…
B : Macam mana engkau boleh dapat kerja bagus macam sekarang ni..?
A : Laaaa….. aku kan berpendidikan tinggi…. Kat sekolah dulu… aku kan
selalu dapat result exam yang cemerlang…
B : Ohhhh…. Ingatkan engkau belajar kat rumah sorang-sorang.. rupanya
engkau pon blaja kat sekolah jugak dulu yeaa….
A : Engkau ni… saje je nak kenakan aku….
B : Bukan lah… Sebenarnya….. aku bangga dengan cikgu-cikgu ni… tanpa
mereka anak-anak aku takkan dapat menjadi insan yang berguna dan
Berjaya seperti sekarang ini… Orang kampung seperti aku ni mungkin lebih
menghargai dan menghormati jasa guru-guru.
Continue Reading

"FAIL"!! Gambar Fail Apabila Salah Bina.. [16 GAMBAR]

Posted by Unknown on Monday, November 11, 2013


Apabila perancangan tidak menjadi akan mengakibatkan kegaglaan kepada keseluruhan projek. Saksikan gambar "FAIL" berikut:-


































Sumber
Continue Reading

Kes tembak pegawai AmBank: Joemar perancang rompakan diburu

Posted by Unknown

                          
                                  Joemar kini diburu polis.

Kuala Lumpur: Susulan penahanan suspek utama, polis kini memburu seorang lagi pengawal keselamatan dikenali sebagai ‘Joemar’, yang dipercayai perancang kes tembak dan samun di AmBank cawangan Subang Jaya.

Joemar yang dipercayai warga Indonesia juga dikatakan memiliki MyKad palsu dan menyimpan RM400,000 hasil rompakan insiden berkenaan.



Sumber memberitahu BH, Joemar dan suspek utama yang menggunakan identiti palsu Ardi Hamza dipercayai sudah lima tahun menetap di negara ini sebelum merancang jenayah pada 23 Oktober lalu. ..see more
Continue Reading

'Pump gun' bunuh Norazita ditemui

Posted by Unknown

  • Suspek rompak, bunuh di Ambank ditangkapSuspek kes rompakan dan bunuh pegawai AmBank Subang Jaya dikawal ketat oleh anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Petaling Jaya hari ini selepas ditahan di Kota Tinggi di sini, awal pagi tadi. - Foto Bernama
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Polis hari ini menemui senjata api yang dipercayai diguna dalam pembunuhan pegawai Ambank ketika rompakan di bank itu bulan lepas.

Menurut sumber polis senjata api jenis 'pump gun' itu ditemui di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Selain pump gun, polis juga menemui sekotak peluru, kata sumber itu kepada Bernama, di sini hari ini.

Katanya penemuan senjata api itu hasil soal siasat ke atas suspek utama yang diberkas oleh polis semalam.

Dalam kejadian 23 Okt lepas, Norazita Abu Talib, 37, maut selepas ditembak di bahagian muka oleh suspek yang juga pengawal keselamatan bank itu ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bank berkenaan.

Suspek kemudian melarikan diri bersama-sama wang rompakan berjumlah RM450,000.

Lelaki itu diberkas oleh polis pagi semalam di Kota Tinggi, Johor...Lihat lagi..
Continue Reading

PUNCA MOTIF PEMBUNUHAN PEGAWAI JAIP DIKENALPASTI

Posted by Unknown





Polis Pahang percaya kematian Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Allahyarham Mohd Raffli Abdul Malik yang ditembak semalam bermotifkan dendam.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin Ab Ghani :-

“Polis percaya tiga suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan tersebut mungkin berdendam atau tidak berpuas hati dengan Allahyarham dengan penguatkuasaan yang dijalankan.Bagaimanapun, polis sedang menyiasat dari pelbagai sudut sama ada ancaman di atas penguatkuasaan yang dijalankan arwah terhadap kes berisiko tinggi atau ada ancaman peribadi.Selain itu polis turut memberi kawalan keselamatan terhadap waris mangsa bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang ancaman daripada pihak yang mungkin berdendam dengan mangsa.Pihak keluarga diminta bertenang dan banyakkan bersabar dengan dugaan ini, polis tidak akan sesekali memberi ruang kepada mereka yang terlibat dan kita akan buru suspek hingga ke lubang cacing,”

Arwah Mohd Raffli, 49, maut selepas ditembak tiga das oleh seorang daripada tiga suspek yang datang berjumpanya tengah hari semalam di kediamannya di Indera Mahkota 2 dan pengkebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam di Jalan Bukit Ubi ...See More
Continue Reading